TENGKU MAHKOTA KELANTAN KURNIA SUMBANGAN PERIBADI KEPADA MANGSA KEBAKARAN

 


KOTA BHARU - Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra dan isteri, Cik Puan Sofie Louise Johansson mengurniakan sumbangan peribadi RM1,000 kepada 12 keluarga mangsa kebakaran di Jalan Gajah Mati, hari ini.


Pasangan Diraja tersebut turut berkenan menziarahi tapak lokasi kebakaran yang berlaku pada Selasa, pukul 7.22 malam membabitkan sepuluh rumah dan empat rumah kedai.

“Kalau ada masalah nanti akan dibantu sebaik mungkin,” titah baginda selepas mengurniakan sumbangan di penempatan sementara di perkarangan Masjid Pakistan berhampiran lokasi kejadian.

Hadir sama, Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Adat dan Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Zulkifle Ab Rahman dan Datuk Muhamad Zaki Harun.

- UPKN

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)