PM Lancar Pas Keluarga Malaysia.

 


KUALA LUMPUR, - Perdana Menteri, Dato' Sri Ismail Sabri Bin Yaakob semalam, walkabout menaiki LRT dari Bangsar ke stesen KL Sentral untuk pelancaran Pas Keluarga Malaysia.

Pas Keluarga Malaysia ini membolehkan seramai empat orang dalam satu kumpulan menikmati perjalanan menggunakan LRT, MRT, Monorel dan BRT di bawah RapidKL untuk satu hari tanpa had pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum dengan harga cuma RM15.

Ini bermakna, pakej baharu yang dilancarkan oleh Perdana Menteri semalam akan membolehkan setiap penumpang menikmati perjalanan sepanjang hari dengan hanya RM3.75 mulai 1 Disember 2021.

 Pas Keluarga Malaysia ini akan menggalakkan lebih ramai lagi menggunakan pengangkutan awam dan merangsang semula aktiviti ekonomi di sepanjang rangkaian pengangkutan awam di KL dan juga Selangor.


Dalam masa yang sama, anak syarikat Prasarana iaitu Prasarana Integrated Development Sdn Bhd (PRIDE) akan menawarkan “Pakej Transit untuk Pengusaha Industri Kecil dan Sederhana” mulai bulan Mac 2022, dengan menawarkan lot perniagaan bersaiz antara 80 hingga ke 400 kaki persegi di beberapa stesen LRT bagi laluan Kelana Jaya dengan insentif seperti diskaun sewa. Butiran lanjut akan diumumkan tidak lama lagi oleh PRIDE.

Hadir sama, Menteri Kewangan, Senator Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Bin Tengku Abdul Aziz; Menteri Wilayah Persekutuan, Dato’ Sri Dr Shahidan Kassim; Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Hj. Mahadi bin Che Ngah Group; Pengerusi Prasarana, Tan Sri Jamaludin Ibrahim; Presiden dan CEO Prasarana, En Mohd Azharuddin Mat Sah; CEO MRT Corp, Datuk Mohd Zarif Hashim; dan Naib Pengerusi Eksekutif MRCB, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din.

- SMNETNEWS

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)