Program Vaksinasi Pulau Mantanani, Sabah Berjalan Lancar - Dr Noor Azmi

 KOTA BELUD, - YB Timbalan Menteri Kesihatan I, Dato' Dr. Noor Azmi Ghazali telah menghadiri lawatan kerja serta pemantauan aktiviti operasi pantas dan vaksinasi ke Pulau Mantanani, Sabah.


Sebaik tiba, Dato' Dr. Noor Azmi Ghazali melawat tapak Klinik Kesihatan Pulau Mantanani, Sabah. Klinik kesihatan perlu dibina di sini kerana ia dapat memudahkan urusan penduduk pulau dalam hal-hal kesihatan. Selain itu, penduduk di sini semakin bertambah dan peningkatan kedatangan pelancong ke pulau juga menyebabkan perlunya ada sebuah klinik kesihatan di sini.

Selepas melawat tapak klinik kesihatan, Dato' Dr. Noor Azmi Ghazali melawat tempat pemberian vaksin di perkarangan Masjid Kampung Pulau Mantanani, Sabah. Beliau sempat beramah mesra bersama penerima-penerima vaksin serta petugas-petugas kesihatan.

- SMNETNEWS

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)