Jangka Hayat Produk Vaksin COVID-19 Jenis Coronavac Dan Cormirnaty Dilanjutkan - NPRA

 


PUTRAJAYA, - Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) telah meluluskan permohonan variasi daripada syarikat Pharmaniaga Lifescience Sdn. Bhd. dan Pfizer (Malaysia) Sdn. Bhd. berhubung pengemaskinian tempoh jangka hayat produk bagi vaksin COVID-19, Coronavac Suspension for Injection Covid-19 Vaccine (Vero Cell), Inactivated dan Comirnaty Concentrate for Dispersion for Injection.

NPRA dalam satu kenyataan, pelanjutan jangka hayat produk vaksin COVID-19 adalah daripada vaksin jenis Coronavac dan Cormirna

Namun begitu, ini tidak bermakna NPRA membenarkan vaksin yang telah tamat jangka hayatnya. 

Berlandaskan fakta saintifik yang komprehensif, pelanjutan tempoh jangka hayat produk ini telah diberikan berdasarkan data stabiliti terkini yang dikemukakan oleh pihak pengilang. 

Setelah penilaian dilakukan oleh NPRA, tempoh jangka hayat didapati boleh dilanjutkan.

- SMNETNEWS

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)