4,885 Kes Baharu Covid-19 Dicatat Hari Ini, 22 November 2021

 




Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 22 November 2021 (jam 12:00 tengah hari);

• Kes sembuh : 5,628 kes (2,493,437 kes kumulatif, 96.2%);

• Kes baharu :  4,885 kes (2,591,486 kes kumulatif); 

• Kes import : 18 kes (15 warganegara; 3 bukan warganegara);

• Kes tempatan : 4,867 kes [4,732 warganegara (97.2%);  135 bukan warganegara (2.8%)]; 

• Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 549 kes (437 kes disahkan COVID-19 ;  112  kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);

• Kes memerlukan bantuan pernafasan : 274 kes (184 kes disahkan COVID-19 ; 90 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);

• Jumlah kluster : 5,888 kluster; 

• Jumlah kluster baharu : 7 kluster; 

• Jumlah kluster yang telah tamat : 5,655 kluster; dan

• Jumlah kluster aktif : 233 kluster.

Daripada 4,885 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;

• 91 kes (1.9 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan

• 4,794 kes (98.1 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.


Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)