SUAMI ISTERI BELUM DAFTAR PERKAHWINAN DISERU SERTAI PROGRAM PEMUTIHAN - JAHEIK

 KOTA BHARU, – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEIK) mengambil inisiatif mengadakan program Pemutihan Pendaftran Perkahwinan Luar Negara Tanpa Kebenaran : “Sah Nikah Hidup Berkat”  bertujuan mengalakkan pendaftaran secara sukarela bagi pasangan yang telah berkahwin tanpa kebenaran termasuklah perkawinan yang berlawanan dengan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Kelantan Tahun 2002, tetapi masih belum mendaftarkan perkawinan. 


Pengarahnya, Dato' Che Mohd Rahim Jusoh berkata, masih terdapat segelintir pasangan suami isteri di negeri ini masih belum mendaftarkan perkahwinan mereka disebabkan tidak mengetahui prosedur pendaftaran perkawinan atau tidak mampu membayar denda yang dikenakan oleh Pihak Mahkamah Syariah walaupun telah lama berkahwin.

 “Saya menyeru kepada mana-mana pasangan yang telah berkahwin sama ada di dalam atau luar negeri/negara tanpa kebenaran sebelum tahun 2005 tetapi masih belum mendaftarkan perkahwinan tersebut agar tampil ke pejabat agama berhampiran untuk mendaftarkan perkahwinan mereka. 

Walau bagaimanapun, bagi pasangan yang berkahwin selepas tarikh tersebut, permohonan mereka akan dipertimbangkan untuk mengikuti program ini dengan  alasan munasabah dan boleh diterima pakai,” katanya dalam sidang media di pejabat JAHEIK.

Jelasnya lagi, pemohon atau pasangan tersebut boleh hadir ke pejabat agama dengan membawa dokumen berkaitan seperti sijil nikah, surat pengesahan nikah luar negeri/negara bagi tujuan pelaporan tentang perkahwinan itu. 

Menurutnya, JAHEIK memandang serius perkara ini kerana kesan perkahwinan yang tidak didaftarkan akan menimbulkan banyak masalah dari sudut penentuan nasab keturunan, kesukaran dalam permohonan sijil kelahiran dan menyukarkan proses membuat tuntutan berkaitan penceraian, rujuk, harta serta wali yang akhirnya menjurus kepada masalah gejala sosial. 


Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)