PELAJAR CEMERLANG SPM, STAM, STPM TERIMA RM500

 


KOTA BHARU, -  Pelajar cemerlang dalam tiga peperiksaan utama di Kelantan mendapat insentif khas atas kejayaan dalam peperiksaan 

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Pengajian Tinggi Malaysia (STPM) dan pangkat Mumtaz dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dari sekolah di luar Kelantan. 

Selain itu, pelajar anak Kelantan dari Sekolah Agama Kerajaan Negeri, Sekolah Menengah Kebangsaan, Maktab Rendah Sains Mara yang mendapat keputusan cemerlang pada tahun 2020 turut menerima sumbangan Kerajaan Negeri yang memperuntukkan dana RM412,500.00.


Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi YB Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, setiap pelajar menerima RM500 yang akan dikreditkan ke dalam akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN Prime) sebagai galakan penabungan untuk pendidikan tinggi. 

“Sumbangan yang diberikan hari ini hanya kecil jumlahnya, tetapi yang besarnya adalah apabila kita ingin menonjolkan rasa gembira serta penghargaan untuk anak-anak yang cemerlang kerana bukan senang untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu perkara.

Sekalung tahniah saya ucapkan kepada semua pelajar dan terima kasih kepada ibu bapa. Di sebalik kejayaan anak-anak, ada ibu bapa yang sentiasa membentuk dan mengajar anak menjadi manusia berguna selain para guru di sekolah”, katanya ketika merasmikan majlis Penyampaian Anugerah Kemerlangan di Bilik Gerakan Kompleks Pentadbiran Yayasan Islam Kelantan, Tunjong.  

Hadir sama, Pengarah Yayasan Islam Kelantan (YIK), YM Engku Rajhan Engku Ismail, Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan, YB Dato’ Haji Hassan Mahmood, Wakil pegawai PTPTN.


Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)