500 BAKUL MAKANAN MAFI PRIHATIN DAN DUA INSENTIF LPNM DIAGIH

 PASIR PUTEH, - Pemberian sumbangan MAFI Prihatin melalui Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan (MAFI)  telah menyalurkan bantuan kepada mereka yang terkesan akibat pandemik melalui agensi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM).


Semalam Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, YB Ustaz Dr. Nik Muhammad Zawawi Haji Salleh merangkap Ahli Parlimen Pasir Puteh telah mengagihkan 500 bakul makanan (foodbox) kepada penduduk kawasan Pasir Puteh yang terdiri daripada orang awam, warga petani, penternak dan nelayan serta petugas barisan hadapan beserta sebiji nanas MD2 sebagai kempen makan nanas oleh LPNM. 

"Kerajaan komited dalam memperkasakan pembangunan industri nanas negara dengan peruntukan sebanyak RM137 juta di dalam Rancangan Malaysia Ke-12 serta menyasarkan peningkatan tanaman nanas negara kepada 20,000 hektar pada tahun 2025 berbanding 17,000 hektar pada 2020 terutama nanas variati MD2" katanya Nik Zawawi.

Dalam majlis yang sama, Nik Zawawi turut menyampaikan Insentif tanaman nanas di bawah Projek Pengukuhan Tanaman Nanas Bernilai Tinggi bagi tahun 2021 berjumlah RM1.9 juta kepada LPNM Negeri Kelantan serta insentif Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Prihatin Pengusaha Nanas sebanyak RM341,555.40 berupa insentif lori dan jentera kepada Koperasi Penanam-Penanam Nanas Kelantan Berhad serta set mesin power sprayer kepada pekebun nanas terlibat.


Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)