Isu Lantikan Kontrak Pegawai Perubatan, Jawatankuasa Khas Sedang Teliti Keperluan Pindaan Akta Berkaitan - Khairy
KUALA LUMPUR, - Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan Oktober lalu bagi menyelesaikan isu lantikan kontrak pegawai perubatan kini sedang meneliti keperluan bagi pindaan beberapa akta berkaitan.
Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, pindaan akta itu meliputi akta perubatan dan akta pergigian.
Tambah Khairy, Kementerian Kesihatan bersama-sama Jabatan Perkhidmatan Awam juga masih meneruskan perbincangan bagi membuat pindaan akta pencen.
Langkah itu bagi melihat kesesuaian penawaran lantikan secara tetap dengan lestari kepada pegawai perubatan menerusi skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Khairy membuat penjelasan bagi menjawab soalan asal Ahli Parlimen Port Dickson.
- SMNETNEWS