Lebih 70 Peratus Masyarakat Orang Asli Di Gua Musang Lengkap Vaksinasi - KP Kesihatan

 




GUA MUSANG, - Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah Ketua Pengarah Kesihatan, berkata sehingga 6 November 2021, liputan imunisasi bagi golongan dewasa di Pos Balar adalah 59.8 % untuk dos pertama dan 58.4% untuk dos kedua. Secara keseluruhan, pencapaian liputan untuk orang asli di Gua Musang adalah sebanyak 75.0% untuk dos pertama manakala 70.7% telah lengkap menerima vaksinasi.

Sehubungan itu, bagi memastikan program vaksinasi di sini berjalan dengan lancar, KKM bekerjasama dengan pasukan Bomba Air Wing, untuk menggunakan tiga buah pesawat helikopter untuk program MOVAC 3.0 kali ini dengan anggaran lebih kurang 50 jam penerbangan.





Lawatan kerja ini turut sertai Dato’ Zaini Bin Hussin, Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan; Datuk Dr Norhayati Binti Rusli, Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit; Dr Mohd Azimullah Bin Abdullah @ Zakaria, Pegawai Kesihatan Daerah Gua Musang serta beberapa orang pegawai kanan dari KKM dan JKNK.





Program MOVAK 3.0 ini adalah sebahagian daripada Program Mobilisasi Vaksinasi Komuniti (MOVAK) dengan kerjasama antara agensi termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang, Kerajaan Negeri Kelantan dan pelbagai agensi lain. 

Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini. Diharapkan kerjasama yang baik di antara agensi-agensi Kerajaan yang berterusan ini menjadi aspirasi kepada semua demi meningkatkan taraf kesihatan dan kesejahteraan Keluarga Malaysia.

- SMNETNEWS


Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)