MBB TINGKATKAN PENDAPATAN USAHAWAN
KOTA BHARU, - 50 orang usahawan Kelantan dan Perak menyertai Program My Best Buy (MBB) selama empat hari bermula 4 November dan berakhir hari ini.
MBB ialah inisiatif pihak Kementerian dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) untuk membantu rakyat menangani peningkatan kos sara hidup melalui penjualan pelbagai produk pertanian dan bukan pertanian pada harga istimewa.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi Teknologi Hijau dan Alam Sekitar YB Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail, MBB menjadi platform kepada usahawan tempatan untuk memasarkan produk mereka secara terus kepada pengguna dan sekaligus meningkatkan pendapatan melalui ruang pasaran baharu.
"Semua rakyat dan pengunjung yang melawat Kelantan pada hujung minggu ini menjadikan lokasi My Best Buy salah satu aktiviti untuk dilawati", katanya selepas merasmikan Program MBB di Tapak Pasar Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC)Tunjong.
UPKN