PM Terima Kunjungan Hormat Setiausaha Perdagangan AS
KUALA LUMPUR, - YAB Perdana Menteri telah menerima kunjungan hormat daripada Setiausaha Perdagangan Amerika Syarikat, Puan Yang Terutama Gina Raimondo di Parlimen semalam.
Dalam pertemuan ini, YAB Perdana Menteri dan Puan Yang Terutama Gina Raimondo telah membincangkan kolaborasi yang berpotensi untuk dikembangkan, serta peluang-peluang baharu untuk manfaat perdagangan di antara Malaysia dan Amerika Syarikat.
Malaysia meraikan hubungan baik dua hala antara Malaysia dan Amerika Syarikat, dan optimis dengan segala perancangan yang telah diaturkan demi kecemerlangan bersama.
Beliau mengucapakan terima kasih PYT Gina Raimondo dan delegasi atas kunjungan ke Malaysia.
- SMNETNEWS