KKK Terima Sumbangan Peralatan Rangkaian Sejuk Bernilai Lebih RM6 Juta Daripada Japan

 


PUTRAJAYA, - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menerima sumbangan peralatan rangkaian sejuk bernilai lebih RM6 juta bagi meningkatkan kapasiti penyimpanan vaksin COVID-19. Sumbangan tersebut telah dilaksanakan melalui Kerjasama Teknikal Malaysia dan Jepun yang diselaraskan oleh Japan International Cooperation Agency (JICA). 


Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin telah menerima sumbangan berkenaan yang diserahkan oleh Duta Jepun ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Oka Hiroshi dan Senior Representative JICA Malaysia, Mr. Fukazawa Shinsaku, dalam satu Majlis Penyerahan Rasmi yang diadakan pada 15 November 2021 di Putrajaya. 

Kerajaan Jepun melalui JICA telah menyumbang sejumlah 184 unit peti sejuk, 1,343 unit kotak pendinginan (cold box) dan 1,579 unit pencatat data (data logger) yang telah diagihkan ke fasiliti kesihatan di seluruh Malaysia. Peralatan yang disumbangkan membantu menampung keperluan penyimpanan vaksin COVID-19 sepanjang Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dan telah diserahkan kepada fasiliti bermula pada bulan September 2021. 

Kementerian Kesihatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas sumbangan yang diberikan oleh Kerajaan Jepun dan mengalu-alukan kerjasama ini di masa hadapan.


Turut hadir, Tan Sri Dato’ Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Puan Norhaliza A Halim, Pengarah Kanan, Bahagian Perkhidmatan Farmasi Encik Saito Yuta, Setiausaha Kedua, Kedutaan Jepun dan Encik Hosomi Masashi, Kaunselor Ekonomi Kedutaan Jepun manakala Encik Shinsaku Fukazawa, Puan Fumiko Akaishi dan Puan Umme Aiman Siddiqi mewakili Pejabat JICA Malaysia.

- SMNETNEWS

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)