PROGRAM TABLETOP EXERCISE COVID-19 KKM 2021

 




PUTRAJAYA, - Program Tabletop Exercise COVID-19 KKM 2021 yang dianjurkan oleh Crisis Preparedness Response Centre Perkhidmatan Hospital (CPRCPH), Program Perubatan dengan kerjasama erat Subject Matter Expert Perkhidmatan Perubatan Kecemasan KKM ini telah berlangsung selama 3 hari bermula dari 13 November sehingga 15 November 2021. 

Majlis penutup program ini telah dihadiri oleh YB Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang turut serta memberi input semasa latihan diadakan. Turut hadir adalah Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, YBhg Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham bin Abdullah, Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara, YBhg. Datuk Dr Aminuddin bin Hassim, Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara, YBhg. Datuk Rodzi bin Md Saad dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia, YBhg. Leftenan Jeneral Datuk Dr. Zulkeffeli bin Mat Jusoh serta barisan pengurusan tertinggi KKM. 



Objektif latihan simulasi ini dijalankan adalah sebagai langkah proaktif KKM dalam menghadapi keadaan kritikal yang mungkin berlaku seperti kenaikan mendadak kes COVID-19 mahupun bencana lain. 

Menerusi program ini, peserta diberikan gambaran simulasi untuk merancang dan membuat tindakan secara strategik ketika berhadapan dengan situasi kritikal atau bencana. Malah, KKM dapat membuat penilaian serta penambahbaikan kepada garis panduan serta pelan kontigensi sedia ada bagi setiap fasiliti kesihatan di Malaysia dalam menghadapi kemungkinan peningkatan kes COVID-19. Latihan ini  memberi fokus kepada fungsi kritikal kesihatan disamping memastikan kesinambungan perkhidmatan kesihatan yang selamat. 

Selain itu, KKM juga dapat menilai serta menambahbaik keberkesanan komunikasi di pelbagai peringkat merangkumi operasi di lapangan, taktikal di peringkat negeri dan strategi di peringkat CPRC Kebangsaan dan CPRC Perhidmatan Hospital KKM.  


Program ini dapat mengukuhkan kolaborasi serta komunikasi pelbagai agensi seperti Agensi Bencana Negara (NADMA), Angkatan Tentera Malaysia, BOMBA, Polis Diraja Malaysia, APHM, Jabatan Audit Negara, Kementerian Kerja Raya dengan juga NGO. 

KKM turut merancang untuk membuat program ini secara berkala kepada semua anggota KKM dan agensi lain yang terlibat sebagai langkah kesiapsiagaan untuk sentiasa berada dalam keadaan siap sedia ketika berhadapan dengan wabak atau bencana. Inisiatif ini juga merupakan platform untuk mengemaskini pengetahuan serta kemahiran sedia ada.

- SMNETNEWS

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)