GRADUAN KIAS KE MESIR DIRAI
KOTA BHARU, - 13 graduan kelulusan Diploma Kolej Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) menerima sijil kelas persediaan ke Mesir dalam Majlis Penyampaian Sijil dan Keraian Graduan KIAS Diploma ke Universiti Al-Azhar daripada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, YB Dato' Dr. Mohamed Fadzli Hassan di KIAS, semalam.
Dalam ucapannya, beliau menasihati para graduan supaya belajar bersungguh-sungguh selama berada di Mesir dan jangan sesekali terpengaruh dengan gejala negatif sehingga mengabaikan matlamat asal untuk belajar sehingga berjaya.
Setiap graduan menerima sumbangan RM500 daripada Yayasan Kelantan (YAKIN) dan bantuan zakat RM500 daripada Takaful Etiqa.
- UPKN