FESTIVAL MAKANAN TRADISIONAL KELANTAN DAPAT SAMBUTAN

 


KOTA BHARU, - Mini Festival Makanan Tradisional Kelantan berlangsung di Rumah Singgora, Padang Enggang mendapat sambutan hangat daripada rakyat tempat dan luar Kelantan.

Program sehari Sabtu lalu, turut diserikan dengan pameran lebih 30 lukisan bertemakan kuih-muih tradisional dan tujuh buah terjual.

Menariknya, para pengunjung dan pelanggan yang hadir mengenakan busana seperti bersemutar atau bertanjak bagi lelaki. Manakala wanita pula berbaju kurung dan berkelubung kain sarung batik atau kain lepas.

Pengarah Program, Mohamad Salleh berkata acara tahunan ke-6 berkaitan makanan tradisional bertujuan memperkenalkan kuih-muih warisan Kelantan melalui pameran lukisan.

Semua pelanggan masakan selera kampung di Rumah Singgora dapat menikmati secara percuma 40 jenis kuih-muih yang dipamerkan yang kebanyakkannya berstatus langka seperti jering dan pisang rebus, kuih bunga serta kedodok nangka.

Antaran sajian kegemaran ialah udang sambal petai, gulai siput sedut daun kaduk, telur goreng daun remunggai, ayam kampug goreng, siakap berempah dan sambal kecupu.

Untuk tempahan pakej makan tengah hari di Rumah Singgora, pelanggan boleh menghubungi www.wasap.my/60199009535. 'Walk in' tidak digalakkan kerana sesi berjamu selera selalunya penuh", katanya.


Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)