MB Rasmi Majlis Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Kelantan
KOTA BHARU, - Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) adalah pengikirafan kepada individu, persatuan serta NGO belia atas sumbangan mereka kepada masyarakat dan negara khususnya pembangunan belia.
Majlis APBN peringkat negeri Kelatan berlangsung di Hotel Perdana dan dirasmikan Menteri Besar Kelantan, Dato' Bentara Kanan, YAB Ustaz Dato' Ahmad Yakob.
"Kerajaan Negeri Kelantan sentiasa berusaha dalam melahirkan modal insan bertakwa, berilmu dan berakhlak seimbang duniawi dan ukhrawi kerana belia ialah aset masa depan negara.
Justerus para belia perlu ditanam pegangan agama, kepercayaan yang kukuh, dibajai dengan ilmu pengetahuan serta dihiasi dengan jati diri dan akhlak yang luhur berpandu kepada hidayat Ilahi", katanya yang turut menyampaikan hadiah kepada tokoh APBN.