Bayaran Tunai Petroleum, Kerajaan Negeri Pandang Serius Jawapan Menteri Kewangan - MB Kelantan

 


KOTA BHARU, - Menteri Besar, YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakob, dalam satu kenyataan media berkata, Kerajaan Negeri Kelantan memandang serius berkenaan jawapan bertulis yang dikemukakan oleh Menteri Kewangan, YB Senator Tengku Datuk Sri Utama Zafrul dalam persidangan Dewan Rakyat pada 24 November 2021 dan memohon penjelasan lebih lanjut daripada Kerajaan Persekutuan ekoran jawapan tersebut yang dilihat tidak selari dengan kenyataan-kenyataan Kerajaan Persekutuan sebelum ini.

Untuk rekod beliau berkata, Kerajaan Persekutuan melalui Majlis Kewangan Negara yang bersidang pada 7 Jun 2018 telah memutuskan bahawa Kerajaan Persekutuan akan memasuhkan Program Wang Ehsan dan memutuskan bayaran tunai petroleum disalurkan terus kepada Kerajaan Negeri.

" Bayaran tunai dan hasil pengeluaran bagi negeri Kelantan telah diperakui oleh Kerajaan Persekutuan dalam persidangan Dewan Rakyat pada 30 Oktober 2019 dan 28 Julai 2020 oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) " , Katanya lagi.

Kerajaan Negeri berpendirian bahawa bayaran tunai adalah keadah yang tepat berdasarkan peruntukan yang jelas dalam penjanjian 1975 antara Kerajaan Negeri dan Petronas. Ini juga adalah selaras dengan pendirian dan keputusan Kerajaan Persekutuan sebelum ini.

Menteri Besar berkata, Kerajaan Negeri Kelantan pecaya pendirian ini adalah berdasarkan semangat federalisma dan Keluarga Malaysia demi kemaslahatan dan kesejahteraan rakyat Negeri Kelantan..

Fauzi MZ

- SMNETNEWS


Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)