Kempen Derma Darah Berjaya Pupuk Masyarakat Harmoni
KOTA BHARU - Bertemakan Setitik Darah Sejuta Harapan, Yayasan Keusahawanan Sosial (YKS) bersama Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Hospital Raja Perempuan Zainab II, menganjurkan kempen Derma Darah Perdana 360.
Program dengan kerjasama KESUKAS USM dan Pusat Darah Negara tersebut bermula 25 November lalu dan berakhir hari ini di Dewan Majlis Bandar Ketereh.
Pegawai Operasi dan Pengarah Program YKS, Dr Roslan Basaruddin berkata program itu bertujuan membantu menambah bekalan darah yang berkurangan terutamanya menjelang musim tengkujuh.
"Program ini dapat memupuk keharmonian hospital KKM dan hospital Universiti dengan masyarakat sejajar dengan konsep Keluarga Malaysia di samping menggalakkan orang awam untuk terus menderma darah. Menariknya, para penderma menerima sijil bertanda tangan Perdana Menteri", katanya.
Program itu turut mendapat sokongan daripada Kerajaan Kelantan dan menerima kunjungan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Limbongan, YB Ustaz Mohd Nazlan Mohamed Hasbullah.
Turus hadir, Ketua Penyelaras Strategi Penjanaan Hospital USM merangkap YDP KESUKAS, Dr Mohamad Ibariyah Iberahim.