STATUS TERKINI PROJEK ECRL DI KELANTAN
KOTA BHARU - Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), Rosmah Mahmud memaklumkan status progres
kerja-kerja infrastruktur projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang melibatkan negeri Kelantan sehingga 31 Oktober lalu merekodkan status pelaksanaannya 13.99 peratus berbanding jadual asal 15.09 peratus.
"Kelewatan tahap pembinaan ECRL ini bukan sahaja berlaku di Kelantan malahan di keseluruhan pembinaan projek ECRL iaitu 25.09 peratus berbanding jadual asal 27.55 peratus.
Kelewatan ini secara amnya berlaku akibat kekangan waktu kerja serta tenaga kerja yang terhad unjuran dari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sebelum ini bagi membendung penularan pandemik COVID-19", katanya ketika dihubungi.