Tun Dr Siti Hasmah Terima Dos Penggalak

 


KUALA LUMPUR, -  Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali telah selamat melengkapkan dos penggalak vaksin COVID-19 (booster dose) beliau pada 18 November 2021 di Institut Jantung Negara.

 


Tun Dr Siti Hasmah mengucapakan jutaan terima kasih kepada semua petugas yang terlibat dan Institut Jantung Negara (IJN). 

Ketua Pengarah Kesihatan berkata, beliau telah dimaklumkan oleh Tun Siti Hasmah sendiri bahawa beliau tidak mengalami apa-apa kesan sampingan serius selepas vaksinasi dan telah pun memulakan aktiviti harian biasa beliau. 


Tun Dr Siti Hasmah turut menyeru kepada semua individu yang layak menerima dos vaksin penggalak untuk menepati temujanji mereka. 

Dos penggalak dapat meningkatkan perlindungan terhadap jangkitan COVID-19 terutamanya kepada golongan yang mempunyai imuniti yang rendah dan warga emas berusia 60 tahun dan ke atas. Jika anda menerima janji temu, pastikan anda hadir untuk mendapatkan dos penggalak anda.

- SMNETNEWS

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)