Timbalan Menteri Kesihatan 1 Rasmi Klinik Kesihatan Kuala Tekal Temerloh
TEMERLOH, - YB Timbalan Menteri Kesihatan I, Dato’ Dr Haji Noor Azmi Ghazali telah hadir ke Majlis Perasmian Klinik Kesihatan Kuala Tekal yang dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail di Temerloh, Pahang, pada petang tadi.
Klinik Kesihatan Kuala Tekal ini siap dibina pada 25 Mac 2021 dan telah mula beroperasi pada 1 Julai 2021. Pembinaan Klinik Kesihatan ini juga menyediakan kemudahan kesihatan dan perubatan kepada penduduk setempat. Jumlah penjawatan di Klinik Kesihatan Kuala Tekal ini merangkumi seramai 23 orang petugas dengan pengisian seramai 16 orang.
YB Timbalan Menteri Kesihatan mengucapkan sekalung tahniah dan penghargaan kepada semua jabatan dan anggota yang terlibat dalam memastikan kemudahan ini dapat dirasai oleh orang ramai. Fasiliti yang disediakan di sini juga setanding dengan klinik kesihatan lain di bandar.
Turut hadir, YB Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato’ Sri Dr Sallehuddin Ishak, YB Adun Kerdau dan YB Aduh Jenderak.