DEEPAVALI BERI CAHAYA GEMBIRA
KOTA BHARU – Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjong Mas, YB Rohani Ibrahim mengucapkan selamat menyambut Hari Deepavali kepada semua kaum India di Negeri Kelantan khususnya buat mereka yang berada di Tanjong Mas.
“Saya berharap semoga perayaan Deepavali tahun ini memberi cahaya mengembirakan walaupun berada dalam suasana pandemik.
Selain itu, dengan kelonggaran rentas negeri yang diberikan ini, dapat memberi manfaat kepada semua untuk bertemu saudara mara tetapi dalam masa yang sama perlu diingat juga untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan,” katanya ketika ditemubual semasa menyampaikan bakul makanan di Koperasi Wanita Islam Negeri Kelantan (KOWANIS MART), ruang legar stadium hari ini.
Sebanyak 30 bakul makanan disediakan kepada kaum India di Tanjong Mas, lima daripadanya disempurnakan hari ini dan selebihnya akan diagihkan oleh penghulu mukim.
UPKN