Kes Kanser Meningkat 5 Peratus Antara Tahun 2012 Hingga 2016

 


KUALA LUMPUR,  - Timbalan Menteri Kesihatan I, YB. Dato’ Dr. Haji Noor Azmi Ghazali telah menghadiri Majlis Pelancaran Kempen “New Normal, Same Cancer” di Connextion Conference and Event Centre, Bangsar.

YB Dato’ Dr. Haji Noor Azmi Ghazali berkata, “merujuk seperti yang dilaporkan dalam laporan Pendaftaran Kanser Kebangsaan Malaysia 2012-2016, jumlah kes kanser yang dikesan pada peringkat tiga dan empat direkodkan pada 63.7 peratus, iaitu 5 peratus lebih tinggi berbanding rekod pada 2007-2011. Pandemik COVID-19 telah mendatangkan situasi yang lebih membimbangkan dengan penurunan dalam diagnosis kanser baharu kerana ramai doktor mengalami kelewatan atau penangguhan rawatan susulan”.

Kempen ‘‘New Normal, Same Cancer’ anjuran Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), Persatuan Jaringan Kanser Paru-Paru Malaysia (LCNM) dan AstraZeneca Malaysia adalah selaras dengan usaha kerajaan untuk menyediakan rawatan holistik dan melaksanakan program berkesan untuk menangani tingkah laku pesakit, meningkatkan kapasiti diagnostik dan rujukan serta memastikan akses kepada rawatan yang tepat, berpatutan dan berkualiti tinggi. 

“Saya amat berbesar hati melihat para pemain industri penjagaan kesihatan terkemuka di Malaysia bekerjasama untuk memulakan kempen seluruh negara sambil peralihan kita ke fasa endemik untuk memperluaskan kesedaran tentang penjagaan kanser, khususnya kanser payudara, paru-paru dan prostat adalah antara kanser yang paling biasa di dunia dan di Malaysia namun peratusan diagnosis lewat telah meningkat dengan ketara seperti yang direkodkan dalam laporan Pendaftaran Kanser Kebangsaan Malaysia 2012-2016”, ucap beliau.

YB Dato’ Timbalan Menteri Kesihatan I juga mengucapkan penghargaan kepada NCSM, LCNM dan AstraZeneca Malaysia di atas komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan bagi pelancaran kempen ‘New Normal, Same Cancer’ ini.  Beliau sangat berharap untuk melihat lebih banyak organisasi mengorak langkah untuk bersama-sama memerangi kanser demi manfaat dan kesejahteraan Keluarga Malaysia.

- SMNETNEWS

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)