Pejabat Kesihatan Daerah Rembau Terima Sebuah Van Dan Pacuan 4 Roda

 


REMBAU, - YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan mengadakan lawatan ke Pejabat Kesihatan Daerah Rembau dan majlis penyerahan aset kepada YBhg. Datin Dr. Ariza binti Zainuddin, Pegawai Kesihatan Daerah, Pejabat Kesihatan Daerah Rembau hari ini.

Dalam majlis berkenaan, YB Khairy Jamaluddin seterusnya menyerahkan aset-aset kepada PKD Rembau iaitu sebuah van, sebuah kereta pacuan 4 roda, laptop dan komputer bagi kegunaan petugas-petugas kesihatan di sini.

PKD Rembau telah ditubuhkan pada 16 Sept 2006 dengan kekuatan seramai 297 orang petugas kesihatan sehingga kini.

YB Khairy Jamaluddin kemudiannya mengakhiri majlis dengan mengadakan lawatan ke tapak PKD Rembau.

Hadir sama, YB Dato’ Haji Zaifulbahri bin Haji Idris, Ahli Dewan Undangan Negeri Chembong, YBrs. Dr. Rozita Halina binti Tun Hussein, Pengarah Bahagian Perancangan Kementerian Kesihatan Malaysia, YBrs. Encik Thean Ming Fatt, Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan Kementerian Kesihatan Malaysia, YBhg. Datin Dr. Harlina binti Abdul Rashid

 Turut hadir, Pengarah Kesihatan Negeri Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan, YBrs. Tuan Mohd Najib bin Mustafa, Pegawai Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah Rembau, YBrs. DSP Hazri bin Mohamad, Ketua Polis Daerah Rembau dan Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian.

- SMNETNEWS

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)