Unit Media PDRM Kelantan Dilancarkan - KP Kelantan

 


PASIR MAS, - Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kelantan terus komited menghargai peranan rakan media yang sentiasa membantu menyebarkan informasi terkini.

Demi memantapkan lagi kerjasama efektif dalam aspek penyaluran maklumat sahih, tepat dan cepat bagi pencegahan jenayah, PDRM mewujudkan Unit Media diketuai Inspektor Sunizai Hussin.


Ketua Polis Kelantan, Dato' Shafien Mamat berkata penubuhan unit tersebut membuktikan satu lagi komitmen tinggi PDRM untuk terus memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat kerana 'Polis dan masyarakat, berpisah tiada'.

"Unit Media dilancarkan untuk memudahkan pihak kami  berkerjasama dengan rakan media bagi penyebaran maklumat sahih dan membasmi penularan berita palsu menerusi pelbagai medium komunikasi semasa", katanya selepas majlis Malam Apresiasi Media bersama PDRM Kontinjen Kelantan 2021 di Dewan Ketua Polis Negara, Ibu pejabat Polis Daerah Pasir Mas, semalam.


Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)