Khairy Saksi Penyerahan Klinik Kesihatan Kapar

 


KAPAR, - YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan telah menghadiri Majlis Penyerahan Projek Klinik Kesihatan (KK3) dengan Kuarters Kapar, Klang, Selangor hari ini. 

Klinik Kesihatan Kapar telah mula beroperasi sejak tahun 1969. Dengan situasi terkini dan jumlah kedatangan pesakit yang semakin meningkat maka klinik ini telah diluluskan pembinaannya di bawah Rancangan Malaysia Ke-10. 

Klinik ini telah mula dibina pada 29 Ogos 2017 dan siap sepenuhnya pada 20 Julai 2021, dengan jumlah perjawatan sedia ada sebanyak 103 telah ditambah kepada 89 perjawatan menjadi 192 perjawatan iaitu pertambahan sebanyak 71 perjawatan bagi Klinik Kesihatan dan 18 perjawatan bagi Klinik Pergigian. 

Dengan pertambahan perjawatan ini adalah diharapkan perkhidmatan kesihatan kepada penduduk di sini dapat disampaikan dengan lebih baik serta dapat menampung beban tugas petugas barisan hadapan yang semakin mencabar. 

YB Khairy Jamaluddin kemudiannya membuat lawatan dan melihat kemudahan yang ditawarkan di klinik ini seperti Enhanced Primary Health Care, Klinik Perubatan Keluarga, Klinik Kesihatan Ibu dan Anak, Klinik Warga Sihat, Pesakit Luar dan lain-lain fasiliti Yang disediakan bagi kemudahan penduduk di sekitar daerah Kapar. 

Malah klinik ini turut dilengkapi dengan 2 unit Kuarters Kelas F Dan 2 Unit Kuarters Kelas G. 

Bahkan bukan itu sahaja, bagi penduduk Kapar dan negeri Selangor amnya, Kerajaan di dalam Belanjawan 2022 telah meluluskan projek pembinaan Hospital Kapar dibawah Rancangan Malaysia Ke-12. Jika pelaksanaan projek Hospital Kapar ini berjalan lancar, ianya dijangka akan siap dibina dalam tempoh 4 atau 5 tahun akan datang. 

Turut hadir, YB Dr Siti Mariah Mahmud, Exco Kesihatan Awam Perpaduan dan Pembangunan Wanita & Keluarga Kerajaan Negeri Selangor, YBhg. Dato' Mohd Shafiq Abdullah, Ketua Setiausaha KKM, Sr. Amran Hj Mohd Majid, Pengarah Kanan Caw. Kontrak dan Ukur Bahan, yang menjalankan tugas TKPKR Sektor Pakar, Jabatan Kerja Raya dan YBhg. Dato' Indera Dr. Sha'ari Ngadiman, Pengarah Kesihatan Negeri Selangor.

- SMNETNEWS

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)