JAKIM BANGUNKAN PANGKALAN DATA HALAL, MAMPU SEMAK STATUS PRODUK LUAR NEGARA

 


PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sistem dengan kos RM3.4 juta itu merupakan pangkalan data mengenai produk halal tempatan serta antarabangsa yang berada di Malaysia.

Pemerkasaan Pensijilan Halal Malaysia oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang menyaksikan pembangunan Sistem Maklumat Bersepadu Halal, bakal memberi akses kepada Keluarga Malaysia kepada status halal produk dari luar negara bermula 2023 kelak.

Beliau berkata, inisiatif itu akan merangkumi enam sistem iaitu MYeHALAL (Domestik), MYeHALAL (Antarabangsa), Sistem Cetakan Sijil Elektronik (e-Cert Print System), Malaysia International Halal Authority Board (MyIHAB), Modul Permohonan Rumah Sembelihan Luar Negara dan Modul Pengurusan Ramuan Produk Halal Malaysia (MyHALAL Ingredients).

Tidak lama lagi, rakyat Malaysia akan dapat menyemak status halal produk daripada luar negara melalui Sistem Maklumat Bersepadu Halal yang kini sedang dibangunkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).


Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)