LRA Teluk Mesira, Bachok 72 Peratus Siap - Menteri KASA

 


BACHOK, - Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA) YB Dato' Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berharap isu bekalan air di Kelantan dapat diatasi kerana banyak loji telah dibina dan dalam proses mencapai sasaran 28 peratus lagi untuk siap sepenuhnya.

Bercakap sempena lawatan kerja bagi meninjau kemajuan projek di Loji Rawatan Air (LRA) Teluk Mesira,  beliau berkata untuk jangka panjang loji air utama akan dibina sebagaimana  peruntukan  RMK-12 termasuklah pembinaan loji air di Machang yang boleh membekalkan air sebanyak 500 MLD. 

Sementara itu, Presiden dan Pengarah Urusan NR Chemical & Organic Industry (M) Sdn Bhd, Ts Ramzan Razali memaklumkan projek yang sepatutnya siap pada April, mengalami kelewatan kerana tidak dapat beroperasi hampir empat bulan akibat dari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) . 

Menurutnya lagi, kemajuan projek ini telah mencapai 72 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada hujung Disember tahun ini. 

“LRA yang dibina ini akan memberi manfaat kepada penduduk sekitar yang boleh menampung bekalan air bersih 1.8 MLD atau 1,150 akaun pengguna”, katanya. 

Terdahulu, Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) telah meluluskan peruntukan RM6 juta untuk tiga projek tangki air yang salah satunya dibina sebelah LRA Teluk Mersira. 

Turut hadir, Pengarah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) Wilayah Timur Azamy Abdul Aziz dan Pengurus Besar Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) Datuk Ir P. Geol Dr Azuhan Mohamed.


Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)