Pelancaran Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS)

 


Agenda Nasional Malaysia Sihat atau ANMS merupakan pakej kesejahteraan kesihatan yang diteliti, dirancang dan seterusnya diperkenalkan oleh kerajaan melalui Kementerian Kesihatan sebagai penggerak utama, dan disertai secara langsung oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

ANMS bertujuan membudayakan hidup sihat dan kelestarian persekitaran yang menyokong kesejahteraan kesihatan Keluarga Malaysia. Agenda ini berusaha untuk menjadikan kita sihat sejahtera sepanjang hayat.

Dilaksanakan untuk tempoh 10 tahun (2021- 2030) Pelaksanaannya dibahagikan kepada dua penggal: 

 i) Penggal pertama : 2021 sehingga tahun 2025,  

ii) Penggal kedua  : 2026 sehingga tahun 2030.

Melibatkan 4 teras utama; 10 strategi; dan 24 inisiatif. 

Empat Teras Utama tersebut adalah:

1)  Memantapkan Promosi Pembudayaan Hidup Sihat

2) Memantapkan Perkhidmatan Kesejahteraan Kesihatan

3) Memperkasakan Kawalan Kesihatan Kendiri

4) Memantapkan Kebersihan Persekitaran

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)