Bulan Keluarga Kebangsaan Akan Dikenali Sebagai Bulan Keluarga Malaysia - PM
PUTRAJAYA, - YAB Dato Sri’ Ismail Sabri Yaacob, Perdana Menteri Malaysia, dalam satu klip video Sambutan Bulan Keluarga Malaysia Kebangsaan menjelaskan, “Keluarga Malaysia bertunjangkan tiga teras utama iaitu keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran yang mempunyai visi jangka panjang untuk memulihkan negara dengan pendekatan kekeluargaan.
Perdana Menteri berkata, ia juga bersifat actionable kerana setiap kementerian akan memperkenalkan sekurang-kurangnya 1 program dan inisiatif yang bermatlamat membantu mengurangkan kesan ekonomi yang ditanggung rakyat.
“Umpama selembar benang, dikait, ditenun dan dijalin akhirnya menjadi kain yang sempurna indahnya.” kata beliau lagi.
Seiring dengan semangat dan aspirasi Keluarga Malaysia, Perdana Menteri mengisytiharkan mulai tahun ini, Bulan Keluarga Kebangsaan akan dikenali sebagai Bulan Keluarga Malaysia.
- SMNETNEWS