3 DIV UJI KEUPAYAAN MELALUI EKS RHINO TAC


 MELAKA: Seramai 55 pegawai dan 413 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) terlibat dalam Eksesais RHINO TAC Siri 3/2021 yang dilaksanakan di sekitar Sungai Udang mulai 29 Okt hingga 7 Nov 2021.

Panglima Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div), Mej Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim berhasrat menubuhkan Markas Taktikal Divisyen dan Kawasan Senggaran Divisyen (KSD) secara serentak bersama dengan Eksesais SATRIA GAGAH yang dilaksanakan oleh formasi Briged Pertama Infantri Malaysia (1 Bgd) di Pusat Olah Perang Tentera Darat (POP TD).

Fokus utama eksesais ini adalah bagi melatih dan menguji pegawai serta anggota LLP dalam aturgerak menubuhkan Markas Taktikal Divisyen dan KSD serta mengemaskini TTP dan Prosedur Tetap (PROTAP) MK 3 Div agar seiring dengan doktrin yang ditetapkan oleh TD.

Panglima 3 Div mengharapkan objektif yang digariskan ini dapat dicapai sepenuhnya dan mendatangkan manfaat kepada semua agar setiap kekurangan yang dikenalpasti dapat ditambahbaik, seterusnya dipertingkatkan.

Latihan ini adalah sejajar dengan hasrat Pelan Penjajaran dan Persepadanan Panglima 3 Div dalam mendukung Tonggak Pertama Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Kelangsungan Misi dan Kesiagaan melalui penumpuan terhadap peningkatan tahap kesiagaan, kompetensi dan aset TD.

SUMBER: Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)