Doktor, Petugas Kesihatan Malaysia Berpeluang Bekerja Di UK - Menteri Kesihatan


KUALA LUMPUR, - Kementerian Kesihatan Malaysia telah menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan United Kingdom yang akan memberi peluang kepada petugas perubatan Malaysia antaranya doktor, jururawat dan ahli farmasi untuk bekerja di UK.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata perjanjian itu akan membuka ruang kepada doktor dan pekerja kesihatan Malaysia terutama mereka yang menamatkan latihan atau pengajian di UK untuk terus berkhidmat dengan Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) UK.


Kedua-dua negara juga akan susuli perancangan kerjasama dalam penyelidikan kesihatan seperti pembangunan vaksin untuk kegunaan manusia serta rekod perubatan digital bagi menambah baik sistem penjagaan kesihatan dalam negara pada masa depan.

Selain itu, Beliau bersama Setiausaha Luar United Kingdom (UK), Elizabeth Truss, juga membincangkan kelonggaran yang akan diberikan kepada penerima vaksin Sinovac yang akan mengembara ke UK, khususnya dari Malaysia, supaya tidak perlu menjalani kuarantin setibanya ke negara berkenaan.


Walaupun belum dimuktamadkan, kelonggaran ini nanti akan selaras dengan pengiktirafan ke atas vaksin tersebut oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).  

Beliau juga telah memaklumkan bahawa Malaysia sedia berbincang tentang Laluan Perjalanan Bagi Individu Yang Telah Divaksinasi (Vaccinated Travel Lane - VTL) bagi pelawat dari UK supaya tidak perlu menjalani kuarantin setibanya ke Malaysia.

- SMNETNEWS

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)