RM5.66 JUTA DANA UNTUK PROJEK PERTANIAN DI KELANTAN

 PASIR PUTEH, - Timbalan Menteri Pertanian ll, YB Dr Nik Muhammad Zawawi memaklumkan Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan RM5,666,122 kepada Jabatan Pertanian Negeri Kelantan melibatkan 17 projek pembangunan di seluruh negeri ini pada tahun 2021 yang memberi manfaat kepada 4,142 petani.


Ketika berucap di majlis Program MAFI Prihatin, beliau berkata jajahan Pasir Puteh telah diperuntukkan RM634,246 melibatkan 428 lokasi projek yang memberi faedah kepada 559 orang petani. 

“Antaranya ialah program kebuniti yang dimanfaatkan komuniti khususnya golongan B40 dengan nilai keseluruhan peruntukan berjumlah RM233,000.

386 peserta di Selising, Limbongan, Gaal dan Semerak mendapat manfaat. Selain mengeratkan hubungan antara penduduk, program ini juga membantu meringankan beban keluarga dan mewujudkan peluang pekerjaan ketika berhadapan pandemik COVID-19”, jelasnya.


Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)