Barisan Nasional Kembali Kuasai Melaka Dengan Majoriti Dua Pertiga

 


MELAKA, - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama kepimpinan BN meraikan kemenangan besar dua pertiga majoriti bagi membentuk kerajaan negeri Melaka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Command Center Barisan Nasional (BN) di sini malam tadi.

Menerusi kemenangan pada PRU DUN Melaka juga. Barisan Nasional bakal mengambil beberapa ketetapan menjurus ke arah transformasi dan pengukuhan kepada kestabilan politik di Melaka.

Antara yang diusulkan adalah memperkenalkan enakmen lompat parti dan meminda peruntukan undang-undang berkaitan isu berkenaan.

Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang media di Ayer Keroh, berkata BN juga akan mengusulkan kerjasama antara ADUN, untuk memastikan jangka hayat di DUN Melaka kekal untuk empat tahun daripada tempoh bersidang.

Pada masa sama, memperkenalkan undi percaya konstruktif bagi memastikan kerajaan tidak dijatuhkan.

- SMNETNEWS

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)