Amal Mega Blood Donation Peringkat Pasir Puteh Dapat Sambutan

 


PASIR PUTEH, - Program Amal Mega Blood Donation (AMBD) anjuran Jabatan Amal Kawasan Pasir Puteh dengan kerjasama Pusat Derma Darah HRPZ11 mendapat sambutan hangat penduduk Pasir Puteh, hari ini.

Program turut dimeriahkan dengan kehadiran Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar,  YB Ustaz Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail. 

Program yang berlangsung di Pasaraya Ekonsave berjaya mengumpulkan 59 beg darah.

"Saya mengucapkan tahniah kepada Jabatan Amal dan NGO yang terlibat kerana dengan penganjuran sebegini, masyarakat akan semakin sedar kepentingan derma darah demi menyelamatkan saudara kita yang memerlukan di samping memudahkan para penderma kerana tidak perlu ke pusat derma darah di hospital terdekat", katanya.

Menurut penganjur, program ini adalah siri ke-4 bagi tahun 2021, siri pertama pada bulan Februari lepas penganjuran di Masjid Bandar Pasir Puteh manakala siri kedua dan ketiga bulan April dan Ogos di Hospital Tengku Anis Pasir Puteh.

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)