KPN DIKURNIAKAN DARJAH KEBESARAN PANGLIMA MANGKU NEGARA

 


KUALA LUMPUR, - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani dikurniakan Darjah Kebesaran Panglima Mangku Negara (P.M.N.) yang membawa gelaran 'Tan Sri' sempena Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 2021 oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, semalam.

Istiadat yang berlangsung di Istana Negara itu turut dihadiri oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj dan mengikut prosedur operasi standard Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara, Oktober lalu.

Sempena Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 2021 ini, seramai 132 pegawai polis lain turut dikurniakan pelbagai bintang dan pingat kebesaran seperti Bintang Kesatria Mangku Negara (K.M.N.), Bintang Ahli Mangku Negara (A.M.N.), Pingat Pangkuan Negara (P.P.N.) dan Pingat Bentara Setia Diraja (B.S.D.).

Turut tersenarai dikurniakan Darjah Kebesaran dalam istiadat kali ini ialah dua wira negara dari Senoi Praq Pasukan Gerakan Am yang cedera dan terkorban dalam insiden tembakan di sempadan Malaysia-Thailand pada November lalu. 

Mereka ialah Sarjan Norihan Tari dan mendiang Sarjan Baharuddin Ramli yang dikurniakan Darjah Kebesaran Panglima Gagah Berani (P.G.B.).

Seluruh warga Polis Diraja Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani dan warga Pasukan yang dikurniakan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan, pada kali ini.

Semoga dengan pengurniaan tersebut akan dapat meningkatkan lagi semangat khidmat bakti kepada Pasukan dan negara tercinta.

Sumber: PDRM

Popular Posts

Hakcipta Terpelihara © 2021 Serambi Media Network (SMNET NEWS)